Universiti Islam Malaysia Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

Pada 8 April 2011, telah diadakan perjumpaan antara Yg. Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Pengerusi LEPAI dengan YB Dato’ Seri Muhamad Khaled Nordin; Menteri Pengajian Tinggi di Pejabat YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi di Kompleks E, Putrajaya. Perjumpaan tersebut diadakan bagi memaklumkan usaha LEPAI untuk mengaktifkan semula KIM dan membincangkan perkara berkaitan tentang penubuhan Universiti Islam Malaysia. Perjumpaan tersebut diadakan rentetan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 pada 13 – 14 Oktober 2010 di Istana Negara bagi mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya dengan nama Universiti Islam Malaysia.[3]

Pada 22 Februari 2013, sebuah delegasi diketuai Tan Sri Datuk Dr. Mohd. Yusof Noor, pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM) telah menghantar usul penubuhan Universiti Islam Malaysia (UIM) ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Islam Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah Institusi Pengajian Swasta (IPTS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah merasmikan pembukaan Universiti Islam Malaysia dalam sebuah majlis di Putrajaya. Universiti Islam Malaysia kini beroperasi di Cyberjaya, Selangor.

Universiti Islam Malaysia dengan kerjasama Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menganjurkan Majlis Sambutan Jubli Intan Kolej Islam Sultan Alam Shah ada 8 April 2015 bersempena ulang tahun KISAS yang ke-60.